Saturday 15 February 2014

AWAS!! SINDROM REYE JARANG BERLAKU TAPI BOLEH MEMBAWA MAUT

Keadaan seperti ini mungkin pernah anda lihat atau alami sendiri seketika dulu. Bukan hanya muntah-muntah, pening-pening, malahan ada diantaranya tidak sedarkan diri, bahkan lebih teruk lagi  berada dalam keadaan koma. Awas sekiranya keadaan ini berlaku kepada anak-anak kerana ini kemungkinan boleh dikaitkan sebagai Sindrom Reye.
    Apa yang dimaksudkan dengan Sindrom Reye? ia merupakan sindrom ensefalopati yang boleh menyebabkan mesalah kepada hati dan otak. Pada masa kini ia mugkin jarang dan mungkin tidak lagi berlaku. Namun sekiranya berlaku is boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan segera.
    Menurut Dr.Iftikhar Ahmad Mohamed Akup, Pakar Paediatrik, Pusat Perubatan Pakar Darul Ehsan Shah Alam, sindrom ini biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun. Berdasarkan beberapa  kes, ia banyak menimpa kanak-kanak yang berusia 6 tahun.

SINDROM REYE ADA 5 TAHAP BEPERTI BERIKUT:
1.    Pesakit kelihatan lemah, mengantuk dan muntah-muntah.
2.    Simptom diatas bertambah teruk dan bernafas dengan laju.
3.    Pesakit mengalami sawan dan masuk dalam keadaan koma.
4.    Keadaan sawan dan koma menjadi lebih teruk dan badan menjadi kaku.
5.    Peringkat terakhir pesakit berhenti bernafas.

pesakit pada tahap 1-3 masih boleh diselamatkan jika diberi rawatan dengan segera.

SEBAB DAN GEJALA:
Setakat ini, tidak diketahui apakah penyebab Sindrom Reye, tetapi ia ada kaitan dengan penyakit Influenza atau cacar air sekiranya diberikan ubat asprin semasa rawatan.

No comments:

Post a Comment